top of page
kkkb.png
PROSEDUR PENDAFTARAN SESI 2 2021/2022

info KKKB

Kolej Komuniti Malaysia merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang menawarkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pembelajaran kemahiran TVET di Kolej Komuniti dilaksanakan secara latihan praktikal (hands-on) dengan mengimplimentasikan kaedah pembelajaran menggunakan teknologi terkini yang setara dengan aplikasi di  industri.

 

Kolej Komuniti telah melahirkan ramai modal insan yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal yang diperlukan oleh industri. Lulusan Kolej Komuniti mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal yang sangat baik.

 

Mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), lulusan Kolej Komuniti juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat diploma, ijazah sarjana muda, persijilan yang lebih tinggi serta sijil-sijil profesional . Ramai lulusan Kolej Komuniti telah berjaya melanjutkan pengajian dan menjadi individu yang lebih terampil.

 

Kolej Komuniti Kepala Batas antara Kolej Komuniti rintis yang menawarkan empat program iaitu :

  • Sijil Animasi 2D

  • Sijil Servis Kenderaan Ringan

  • Sijil Teknologi Pembuatan

  • Sijil Teknologi Senibina.

 

Kini terdapat 104 buah Kolej Komuniti sedang beroperasi di seluruh Malaysia.

01

SEMAKAN

TAWARAN

Semakan Tawaran dan

menjawab Jawapan Tawaran.

02

DOKUMEN 

DAFTAR

Cetak Buku Panduan Pendaftaran & Lengkapkan seperti Senarai Semak.

03

BAYARAN YURAN

Bayaran Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai

04

DOKUMEN

DAFTAR

Melengkapkan semua BHHP 1-6 dan

Dokumen Pendaftaran

05

DAFTAR

FIZIKAL

Pendaftaran secara fizikal dan lengkap bersama semua Dokumen Pendaftaran Pelajar seperti senarai semak.

taburan KK.jpg
kkkb new.jpg

Maklumbalas/Pertanyaan Telah Dihantar

​2022

Pengambilan Pelajar

© 2020 razlann@yahoo.com | Info Pengambilan Pelajar Baharu Kolej Komuniti Kepala Batas

bottom of page