top of page
LAGU RASMI & IKRAR

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami,

Pelajar-pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas

dengan ini berikrar dan berjanji

akan mematuhi semua peraturan dan undang-undang,

serta menumpukan semua usaha dan tenaga kami

untuk meningkatkan prestasi kami

dalam kegiatan akademik dan ko-kurikulum

bagi mengharumkan nama baik Kolej Komuniti Kepala Batas

Kami berjanji akan mencurahkan tenaga dan bakti kami

untuk memajukan diri, bangsa, agama dan Negara.

Jika kami didapati melakukan kesalahan semasa kami menjadi pelajar

,kami dengan rela hati sedia menerima hukuman yang diputuskan

oleh pihak Kolej Komuniti Kepala Batas

termasuk diberhentikan menjadi pelajar Kolej Komuniti

dan ibubapa kami atau penjaga kami tidak akan membuat sebarang bantahan

ke atas hukuman yang diambil ke atas kami.

LAGU RASMI KOLEJ KOMUNITI


Seia dan sekata
Teguh ilmu di dada
Bersama mengorak langkah
Membina generasi berjaya

Chorus
Kitalah penerus alaf wawasan
Meningkatkan bakat Insan
Kolej Komuniti
Di sini medan menggapai bintang
Terus berbakti dan cemerlang

 

Bersama menabur jasa
Jiwa Satu Malaysia
Megahmu di mercu jaya
Berbudi menjadi nyata

ikrar.png

© 2020 razlann@yahoo.com | Info Pengambilan Pelajar Baharu Kolej Komuniti Kepala Batas

bottom of page